Gombak adalah sebuah tempat yang terletak di Negeri Selangor dan mula diduduki menurut beberapa sumber ialah pada abad ke 18. Walaubagaimanapun beberapa peninggalan kubur-kubur lama dan tradisi lisan yang disampaikan oleh orang-orang tua berkemungkinan besar Gombak telah diduduki lebih awal dari ini. Malangnya bukti-bukti tersebut tidak dapat diperolehi kerana tidak ada satu usaha yang bersungguh-sungguh ke arah ini. Asal usul nama "gombak" hingga ke hari ini masih menjadi tandatanya walaupun beberapa nama yg boleh dikaitkan dengan gombak seperti jalan gombak, sungai gombak dan bukit gombak.
Penduduk asal gombak ialah adalah masyarakat melayu suku minangkabau yang kebanyakkannya berasal dari Sumatera Barat. Ini dapat dibuktikan dengan loghat pertuturan minangkabau yang menjadi bahasa harian dan beberapa adat dan falsafah yang masih menjadi budaya kehidupan di kebayakkan tempat di Gombak.
Satu usaha sedang dijalankan untuk mengumpul maklumat-maklumat dan sejarah Gombak untuk diabadikan dalam tinta kenangan bagi jenerasi gombak yang akan datang agar jenerasi ini dapat mengenal sejarah dan adat minangkabau yang semakin pupus ditelan pembangunan zaman.
Falsafah " Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah " telah lama terpahat dalam budaya minangkabau. Struktur keluarga saparuit (matrilinial) iaitu struktur keluarga yang menurut garis ibu tidak pernah lagi dibincangkan malah senibudaya cak lempong (Talempong) telah hampir berkubur dengan arus kedatangan muzik tempatan yang lebih dominan.
Saya mengimbau pada saudara saudari agar dapat membantu kami menyiapkan sejarah besar gombak ini khususnya dalam catatan kedatangan suku minangkabau dikuti kedatangan suku mandeleng, banjar dan masyarakat jawa seluruh kepelusuk gombak.
Jutaan terima kasih.