Gombak adalah sebuah tempat yang terletak di Negeri Selangor dan mula diduduki menurut beberapa sumber ialah pada abad ke 18. Walaubagaimanapun beberapa peninggalan kubur-kubur lama dan tradisi lisan yang disampaikan oleh orang-orang tua berkemungkinan besar Gombak telah diduduki lebih awal dari ini. Malangnya bukti-bukti tersebut tidak dapat diperolehi kerana tidak ada satu usaha yang bersungguh-sungguh ke arah ini. Asal usul nama "gombak" hingga ke hari ini masih menjadi tandatanya walaupun beberapa nama yg boleh dikaitkan dengan gombak seperti jalan gombak, sungai gombak dan bukit gombak.
Penduduk asal gombak ialah adalah masyarakat melayu suku minangkabau yang kebanyakkannya berasal dari Sumatera Barat. Ini dapat dibuktikan dengan loghat pertuturan minangkabau yang menjadi bahasa harian dan beberapa adat dan falsafah yang masih menjadi budaya kehidupan di kebayakkan tempat di Gombak.
Satu usaha sedang dijalankan untuk mengumpul maklumat-maklumat dan sejarah Gombak untuk diabadikan dalam tinta kenangan bagi jenerasi gombak yang akan datang agar jenerasi ini dapat mengenal sejarah dan adat minangkabau yang semakin pupus ditelan pembangunan zaman.
Falsafah " Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah " telah lama terpahat dalam budaya minangkabau. Struktur keluarga saparuit (matrilinial) iaitu struktur keluarga yang menurut garis ibu tidak pernah lagi dibincangkan malah senibudaya cak lempong (Talempong) telah hampir berkubur dengan arus kedatangan muzik tempatan yang lebih dominan.
Saya mengimbau pada saudara saudari agar dapat membantu kami menyiapkan sejarah besar gombak ini khususnya dalam catatan kedatangan suku minangkabau dikuti kedatangan suku mandeleng, banjar dan masyarakat jawa seluruh kepelusuk gombak.
Jutaan terima kasih.
11 ulasan:
As salam..menarik usaha dr..sy pun tgh tertanya2 asal usul keluarga minang sy di gombak..yg sy tau area batu 6 gombak bapa kpd moyang sy, arwah Jumin dikatakan org kaya gombak sbb dia yg buka kaw disitu tahun 1800+
di mana anda mendapat sumber sejarah anda ye??
adakah ini sumber yang betul ?
Hubungi sy 0125156747 wasap
kemungkinan besar nama "gombak" itu sendiri diambil sempena dari nama raja gombak dari kelantan (anak sultan mansur shah dari kelantan yang lahir oada tahun 1499)... tidak terdapat bukti lain nama "gombak" ini didalam sejarah melayu nusantara kecuali di negeri kerajaan melayu kelantan dahulukala...
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Raja_Gombak
Maaf, setahu saya ada seorang yg berpengaruh dari negeri sembilan bernama Datuk Gombak. Dan perkataan Gombak itu mmg ada maksudnya dlm bahasa minang dan sejarah telah membuktikan bhw sultan2 di selangor mmg selalu meminta bantuan dr org2 minang dan bugis dalam beberapa siri peperangan. Mungkin daerah tersebut dianugerahkan sultan selangor kpd Datuk Gombak sbg balasan budi. Artikel mengenai Datuk Gombak pernah tersiar dlm utusan Malaysia. Org minang mmg terkenal dgn budi pekerti yg merendah diri, mungkin itu menyebabkn tak ramai yg mengetahui maksud Gombak itu. Tetapi org minang menyebut gombak itu sbg jambul. Belum pernah sy dgr org melayu memanggil jambulnya sbg gombak kecuali org2 minang. Tidak ada kena mengena dgn Kelantan di daerah gombak kerana org kelantan masih dikira baru di daerah ini. Ini sedikit sedutan dari maklumat bertulis:
Kebiasaannya daerah Gombak yang kita kenali dengan ramai penduduknya berketurunan Minangkabau ini mengatakan nama Gombak ini diambil daripada nama sebuah tempat di Sumatera Barat (Ranah Minang).
Lepas maghrib semalam admin sempatlah membaca buku memoir "Semasa Kecil di Kampung"(terbit 1950) karangan Muhammad Radjab (lahir 1917) dalam buku berkenaan ada ditulis tentang gombak..."ialah setumpuk rambut diatas ubun - ubun, kira - kira 5 sentimeter persegi. Selebihnya dicukur habis, atau dipendekkan, yang setumpak itu dipanjangkan. Malahan ada anak - anak yang dipanjangkan sampai 2 desimeter dan dijalin. Maksud orang - orang Minangkabau memelihara gombak dikepala anak - anaknya ini ialah supaya otak anaknya jangan diisap pelesit. Kebiasaan bergombak ini berangsur - angsur habis (pupus), kini hanya orang - orang udik (orang ulu) betul yang bergombak".
Ini riwayat 100 tahun dulu, tahun - tahun sekitar 1920an, zaman penulis ini semasa kecil di kampungnya di pinggir Danau Singkarak Sumatera Barat.
Foto - Masjid Sungai Chincin, Gombak.
Sampai usia remaja saya dibesarkan di ranah Minang kini sudah 82 tahun. Kata gombak itu hanya digunakan untuk menata rambut di kepala. Tak pernah untuk maksud lain.
baik ini satu lagi rujukan yg patut tuan/puan semua ketahui bahawa di Sumatera Barat itu (tepatnya ranah/tanah Minang) mmg ada sebuah daerah namanya Bukit Gombak.
Bukit Gombak adalah salah satu jorong yang terdapat di nagari Baringin, kecamatan Lima Kaum, Kabupaten Tanah Datar, Provinsi Sumatra Barat, Indonesia.
Di jorong ini ditemukan beberapa prasasti kuno peninggalan dari zaman Raja Adityawarman, yaitu Prasasti Bukit Gombak I (Prasasti Pagaruyung I), Prasasti Bukit Gombak II (Prasasti Pagaruyung II), Prasasti Kepala Bukit Gombak I (Prasasti Pagaruyung III), Prasasti Kepala Bukit Gombak II (Prasasti Pagaruyung IV), dan Prasasti Bandar Bapahat.
Prasasti ini adalah serupa batu bersurat kalau di Tanah Melayu. dan ianya adalah antara sumber terawal bagi tulisan Melayu kuno sekitar tahun 1357. rujukannya di sini:
https://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_Kuno#CITEREFTeeuw1959
https://id.wikipedia.org/wiki/Bukit_Gombak,_Baringin,_Lima_Kaum,_Tanah_Datar#:~:text=Bukit%20Gombak%20adalah%20salah%20satu%20jorong%20yang%20terdapat,Kaum%2C%20Kabupaten%20Tanah%20Datar%2C%20Provinsi%20Sumatra%20Barat%2C%20Indonesia.
Saya mintak bantuan admin
Mencari salasilah orang kaya Ahmad Dan orang kaya acmat daerah gombak sewaktu perang gombak
Catat Ulasan